November 7, 2012

ujian yang menimpa

terasa diri ini di uji minggu ni..
rasa seperti berat sangat ujian ini.
mungkin sekali Allah ingin menegur ku dengan memberi ujian seperti ini kerana sering lalai dan leka untuk mengingati Allah atau mungkin juga ingin menguji tahap kesabaran dan kekuatan diri ini..
tidak tahu mampu atau tidak untuk menggalas ujian ini

minggu ni sungguh sukar rasanya untuk di hadapi..
terlalu banyak tugasan dan test2 yang menimpa..setiap hari rasanya ada perkara yang akan tejadi..
serius sangat2,ak rasa sangat penat minggu ini..
Ya Allah, ko permudahkanlah urusan hamba ini..

October 21, 2012

sakit mengingatkan kita pada dosa~~

sabar lah wahai badan yang sedang berusaha untuk sihat dan pulih seperti sedia kala. sekiranya kesakitan yang hadir di dunia ini dapat mengurangkan sakit yang akan dialami di akhirat, ku redha Ya Allah. andai kesakitan ini mengingatkan aku kepada MU Allah,ku pasrah kerana ku sedar diri ini sering terleka dan lalai untuk mengingati MU Allah. 
sesugguhnya Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujian yang titipkan oleh Mu kepada umat Mu yang lemah ini Allah. 
aku ini insan kerdil yang sering melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja. ampunilah aku Ya Allah atas kekilafan yang aku lakukan.


October 20, 2012

pengalaman Bukit Bauk




Malam yang menjelma menghilangkan siang. Cuaca siang tadi sangat menarik dan menyenangkan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi di atas nikmat yang di hulurkan buat umat islam di muka bumi ini.  Cuaca yang cantik menjadikan perjalanan program siang tadi berjalan dengan lancarnya. Menaiki bukit bauk memang seronok dan mencabar walaupun ianya sangat memenatkan. Ini kali kedua mengalami pengalaman di bukit bauk. Pertama kali naik tidak ku temui pacat tapi kali kedua ini, dua kali aku berkenalan dengan pacat walaupun tidak ku sudi akan pertemuan itu. Sepanjang perjalanan macam-macam berlaku. Ada yang jatuh tergelincir banyak kali. Kesian kepada orang tersebut. Aku pula tidak sengaja menjatuhkan diri di atas batu yang agak tajam. Maka dengan itu dapatlah luka di  lutut ini. Dengan tenang bangun semula setelah jatuh (padahal malu sangat). Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Apabila berada di hutan ni banyak yang perlu kita jaga terutamanya pertuturan kita yang kadang-kadang sukar di kawal. Aku juga sedar ada beberapa perkara yang tidak patut ku luahkan. Banyak perkara yang aku belajar daripada modul yang uitm adakan ini. Banyak nasihat dan ajaran yang di beri oleh kawan ku yang sentiasa menemani diri ini sepanjang perjalanan terutamanya pasal pacat. Thanks to Rodziah Basri!!
Pulang sahaja dari aktiviti tersebut, terus ingin mencari tilam. Penat sangat rasanya. Ini menunjukkan sudah lama aku tidak exercise untuk maintain stamina. Hilang sudah stamina agaknya. Selepas ini haruslah mengadakan riadah di hujung minggu untuk sihat dari segi mental dan fizikal.

August 19, 2012

~SALAM AIDILFITRI~ :)


SELAMAT HARI RAYA

bergembira sentiasa

adik beradik ku yg lawa2 belaka
salam aidilfitri buat semo teman2 ku yg berada d mana jua..maaf zahir dn batin dri ku n family..
rye taun ni bg ku sgt simple mimple je...yg pnting bhagia..very simple la ak ase..psediaan tok rye un bse2 je..b'mcm mcm ragam yg d wat oleh adik2 ku ni mse rye..mse rye lah pling ssuai tok amek gmbo..bkn sng nk bsatu cm ni..de yg sibok memanjang..x kira la study o keje..rye taun ni abang sulung x de..x bez la x ckup ahli ni.tp x pe..wit rye still dpt..hehe...seronok ronok rye un.jgn lah kte lupe akan org yg x bnaseb bek utk mnymbut ary rye..sambut lah ary rye dgn ksederhanaan..ingat lah org yg ssh n kurang bkemampuan dri kte..

pada saat ku ingin menyambut raya dengan seronok dan gembiranya, tiba-tiba teringat akan kerja dan assignment yang bertimbun yang perlu disiapkan..just get ready to do the assignment..hati tak tenang sepanjang raya memandangkan kerja tak siap lagi..sedihnya hati ini mengenangkan kerja..tapi masih perlu ber'raya' di bulan syawal ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim..

JANGAN LUPA BERIBADAT DI BULAN SYAWAL INI DENGAN PUASA 6
SELAMAT BERAMAL :)