October 20, 2012

pengalaman Bukit Bauk




Malam yang menjelma menghilangkan siang. Cuaca siang tadi sangat menarik dan menyenangkan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi di atas nikmat yang di hulurkan buat umat islam di muka bumi ini.  Cuaca yang cantik menjadikan perjalanan program siang tadi berjalan dengan lancarnya. Menaiki bukit bauk memang seronok dan mencabar walaupun ianya sangat memenatkan. Ini kali kedua mengalami pengalaman di bukit bauk. Pertama kali naik tidak ku temui pacat tapi kali kedua ini, dua kali aku berkenalan dengan pacat walaupun tidak ku sudi akan pertemuan itu. Sepanjang perjalanan macam-macam berlaku. Ada yang jatuh tergelincir banyak kali. Kesian kepada orang tersebut. Aku pula tidak sengaja menjatuhkan diri di atas batu yang agak tajam. Maka dengan itu dapatlah luka di  lutut ini. Dengan tenang bangun semula setelah jatuh (padahal malu sangat). Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Apabila berada di hutan ni banyak yang perlu kita jaga terutamanya pertuturan kita yang kadang-kadang sukar di kawal. Aku juga sedar ada beberapa perkara yang tidak patut ku luahkan. Banyak perkara yang aku belajar daripada modul yang uitm adakan ini. Banyak nasihat dan ajaran yang di beri oleh kawan ku yang sentiasa menemani diri ini sepanjang perjalanan terutamanya pasal pacat. Thanks to Rodziah Basri!!
Pulang sahaja dari aktiviti tersebut, terus ingin mencari tilam. Penat sangat rasanya. Ini menunjukkan sudah lama aku tidak exercise untuk maintain stamina. Hilang sudah stamina agaknya. Selepas ini haruslah mengadakan riadah di hujung minggu untuk sihat dari segi mental dan fizikal.

No comments:

Post a Comment